Sunday, January 25, 2009

ARTIKEL TERJEMAHAN

Artikel ini merupakan terjemahan dari artikel asal berbahasa inggeris yang diterjemahkan ke bahasa indonesia berdasarkan pengalaman senior trader untuk dikongsi bersama agar ianya dapat digunakan sebagai panduan kepada newbie. Saya telah mengedit versi bahasa indonesia ini ke versi bahasa melayu bagi memudahkan anda memahami dan menjadikan sebagai iktibar dan tidak mengulangi kesilapan yang sama dan prihatin dengan segala nasihat yang telah diberikan oleh senior trader dalam pelpagai forex forum di internet.

DIARI SEORANG TRADER.

Selepas menandatangani “trading agreement”, disinilah kamu berada. Kamu telah menjadi seorang trader kerana mendengarkan bahawa pendapatan seorang trader boleh mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat multinasional. Lagi pula disaat simulasi, demo akaun kamu telah menunjukan pulangan berlipat kali ganda, lalu apa susahnya?.

Kamu boleh membuat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan iaitu 100 pip hingga 200 pip per lot dalam masa sehari, namun itu semua hanyalah nasib sahaja. Kamu tidak akan percaya, dengan hanya mengunakan 1 atau 2 indikator sahaja, kamu dapat membuat keuntungan. Namun sayangnya, pasaran akan mengalahkan kamu. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor NASIB. Hari demi hari kerugian menghampiri kamu, walaupun kamu cuba bertahan namun kalau sampai margin habis, siapa yang boleh tahan??.

Kamu tetap mengira bahawa kamu adalah orang yang istimewa, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Kamu tetap mengira kamu boleh walaupun semua fakta berkata sebaliknya. Kamu tentu sekali tidak menyedari bahawa kamu tidak boleh trading. Cuba kamu lihat, apakah bulan ini untung?, bulan lepas untung? dan tahun ini juga untung?.

Kamu tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Kamu tidak mempunyai sistem yang sempurna, kamu dikuasai oleh emosi kamu, kamu selalu averaging posisi jika kerugian kerana kamu MARAH pada pasaran, kamu selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan untung berubah jadi rugi kerana kamu dikuasai oleh TAMAK. Kamu tidak pernah trading kerana kamu TAKUT. Kamu membiarkan diri kamu dikuasai oleh emosi sehingga ekuiti margin kamu menderita. 90% trader hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya mengalah, berhenti trading dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. Hanya 10% sedar dan pindah ke tahap seterusnya.

Pada tahap seterusnya kamu sedar bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tidak memiliki kemampuan untuk trading yang boleh menghasilkan keuntungan secara konsisten. Kamu tahu dan sedar bahawa selama ini fikiran kamu dikaburkan oleh emosi sehingga kamu tidak boleh berfikir secara tenang. Pada tahap ini, kamu mula mencari suatu sistem yang sempurna dan 100% untung, tidak pernah rugi. Kamu mulai membeli sistem yang ada di internet. Kamu membaca semua laman web yang ada tentang trading diseluruh dunia, mulai dari UK, Amerika, Australia, Eropah sampai ke Russia, kamu baca semua ebook yang ada dan kamu amalkan semua sistem yang kamu perolehi.

Kamu akan membaca semua maklumat tentang indikator, kamu akan uji semua indikator yang ada di metatrader, bahkan kamu mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indikator), kamu akan bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot point, camarilla pivot, deMark, Fractals, Divergence, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indikator lainnya.Kamu tahu bahawa terlalu rumit untuk membuat ramalan hanya dengan 1 indikator saja, kamu tahu kombinasi ideal terhadap setiap indikator. Kamu tahu mengenai keunggulan indikator tersebut dan juga kelemahannya.

Kamu akan cuba meneka “TOP” dan “BOTTOM” dari pasaran dengan indikator tersebut. Kamu akan bergabung dengan ruangan forum dan menanyakan berbagai pertanyaan pada trader senior, kerana kamu tahu kalau kamu tidak bertanya sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu. Pada akhirnya di tahap ini kamu akan mendapatkan 5 sampai 10 sistem yang lengkap dan cuba mencari satu sistem yang paling sempurna dengan keperibadian kamu.Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke tahap seterusnya.

Akhirnya kamu menyedari bahawa permasalahan bukan terletak pada sistem. Kamu menyedari bahawa kamu boleh mendapat keuntungan hanya menggunakan sistem yang simpel seperti moving average tanpa ada indikator lain, jika kamu boleh menggunakan akal dan pengurusan kewangan (money management) yang betul. Kamu mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasi dengan karektor yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya datanglah tahap Pencerahan.

Tahap pencerahan ini membuat akal kamu menyedari satu hal yang penting bahawa di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu membuat ramalan secara tepat apa yang akan terjadi pada pasaran 30 saat kemudian. Kamu mulai menguasai satu trading sistem dan mengubahsuainya sehingga sesuai dengan keperibadian kamu, dan mampu memberikan lebih banyak keuntungan dibandingkan dengan sistem asal.

Kamu mulai trading jika kamu tahu probabiliti untuk untung lebih besar daripada rugi, kamu hanya trading jika ada isyarat dari sistem kamu, kamu selalu menggunakan “stoploss”, kerana kamu tahu “stoploss” dapat mengurangkan risiko yang ada dalam dunia trading. Ketika “stoploss” kamu kena, kamu tidak emosi karena kamu tahu tiada seorangpun boleh meramalkanya, dan itu bukan kesalahan kamu. Trading berikutnya akan meningkat probabiliti keuntungan kerana kamu tahu sistem kamu itu sistem yang akan menjana kekayaan.

Kamu secara seketika menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi trading, money management dan disiplin kamu untuk melakukan trading walau apapun yang terjadi. Kamu mempelajari tentang “money management”, 2% risiko, dan hal lainnya. Ini akan mengingatkan kamu setahun yang lalu ketika ada yang memberi nasihat yang sama pada kamu dan kamu memilih untuk tidak mengendahkannya. Ketika itu kamu memang belum bersedia namun sekarang kamu telahpun bersedia.

Di tahap pencerahan, akal kamu akan menerima bahawa kamu tidak berupaya meramalkan pergerakan pasaran, kerana memang tak seorang pun dapat berbuat demikian. Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ketahap berikutnya.

Sekarang kamu hanya trading jika dan hanya sistem kamu memberikan isyarat. Kamu “cut loss” sama dengan “take profit”, kerana kamu tahu sistem kamu akan lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan “cut loss” yang kamu lakukan adalah 2% dari akaun kamu. Di tahap ini kamu memulai sasaran dengan keuntungan 20 pip sehari, dan setelah kamu mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, kamu meningkatkan sasaran dengan 40 pip sehari. Akhirnya kamu mampu lakukan.

Kamu memang masih harus bekerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki sistem kamu, menguasai emosi kamu, dan melaksanakan “money management” yang kamu pegang. Tahap ini biasanya berjalan selama 6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya. Ini merupakan tahap yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini. Pada tahap ini kamu boleh trading secara alami, kamu telah menguasai semuanya, kamu boleh mengikut rentak pasaran. Kemanapun arah pasaran berjalan, kamu telah berada di arah yang betul, jadi kamu tinggal melihat keuntungan kamu bergerak dari 2 digit ke 3 digit.

Inilah kemuncak seorang trader, kamu telah menguasai emosi kamu dan kini kamu trading dengan akaun yang terus membesar setiap harinya dari keuntungan terkumpul yang kamu perolehi. Kamu akan jadi bintang di trading forum, dan ramai yang akan mendengarkan apa yang kamu katakan, kamu kenal dengan pertanyaan mereka, kerana kamu ada dikedudukan mereka 2 tahun yang lalu.Kamu akan memberikan nasihat kepada mereka, namun kamu tahu bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih trader ditahap permulaan.

Kamu tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi kerana kamu mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, kamu mampu membeli sebuah pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, kamu boleh pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana. Kamu mempunyai pendapatan seperti seorang superstar dan kamu boleh menghasilkan buku sendiri, kamu berupaya trading dengan margin yang tanpa batas, dan akaun kamu akan berlipat-ganda. Hanya 3% trader yang boleh sampai ke tahap ini.

Sekarang kamu boleh berbangga dengan berkata " SAYA SEORANG TRADER".